Monday, December 5, 2011

SATU LAGI AKTIVITI SURAU AL-IKHLAS TAHUN 2011

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 2011.

Setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam majlis ini. Ucapan terima kasih kepada Bridgeir Jeneral Dr Zakaria Awang yang membawa petugas-petugas dari Kor Kesihatan ATM kesurau kita bagi merealisasikan majlis berkhatan anak-anak kariah surau kita.

Bermula awal pagi, ibubapa dan anak-anak mula memasuki perkarangan surau. Segak berpakaian baju melayu. Perasaan gemuruh, berdebar-debar, takut dan sebagainya sudah pasti wujud dalam jiwa anak-anak kita pada waktu itu. Maklumlah, sekejap lagi mereka semua akan di'kerjakan'.

Selepas ucapan dan taklimat ringkas, anak-anak diberikan sedikit cenderahati sumbangan dermawan yang sama-sama disisi pihak surau saban kali aktiviti-aktiviti diadakan. Sekalong penghargaan juga kepada semua dermawan yang bermurah hati menyumbangkan wang ringgit dan sebagainya kepada pihak surau bagi merealisasikan program ini.

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh yang berbahagia imam Hafizi. Pengerusi surau seterusnya mengetuai perarakan anak-anak yang bakal disunatkan. Dengan paluan kompang pemuda-pemuda berjiwa bangsa Taman Bukit Belimbing. Tidak sah sekira program sebegini tidak disusuli dengan majlis bersiram. Angkatan Bomba Surau telah bertungkus lumus membuat semburan air keudara bagi memastikan anak-anak kita tersebut disiramkan seluruhnya.

Sekitar jam 9.00 pagi maka bermulalah acara bersunat. seorang demi seorang memasuki ruang khas untuk dikerjakan. Alhamdulillah, rupanya anak-anak kita memang anak jantan yang langsung tiada perasaan takut menghadapi sesuatu.

part 4





part 3






sekitar majlis berkhatan.

PART 2



Get a playlist! Standalone player Get Ringtones