Wednesday, December 29, 2010

SELAMAT TINGGAL 1432H DAN 2010 MESEHI

SELAMAT DATANG 1433 HIJRAH DAN 2011 MASEHI....

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi yang masih memberikan ruang untuk kita menikmati keindahan dunia yang sementara ini. Alhamdulillah juga dipanjatkan kehadrat Illahi kerana sepanjang kami ( barisan kepimpinan surau sesi 2010/2013 ini ) menerajui dan diamanahkan untuk memakmurkan surau samada dengan aktiviti rohani dan jasmani, sambutan dikalangan ahli kariah amat membanggkan. Setiap biro yang bernaung dibawah saf kepimpinan telah melaksanakan amanah yang dipikul dengan perasaan tulus ikhlas demi sedikit bakti kepada agama dan bangsa. Atas semangat kerjasama dan bersatu hati maka semua program telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara program jasmani yang telah kita adakan seperti gotong royong perdana menyelenggara surau, saringan hari kesihatan, program ibadah korban, jamuan hari raya serta sukaneka perpaduan adalah program yang amat membanggakan. Penyertaan ahli kariah sungguh menggalakkan. Tidak kita lupa program agama melalui kuliah-kuliah minguan oleh ustaz-ustaz yang dijemput untuk memberikan ilmu agama kepada kita, juga siri-siri ceramah agama pada hari-hari kebesaran Islam mendapat sambutan ahli kariah.InsyaAllah pada tahun 1443 hijrah dan 2011 masehi ini kami saf kepimpinan akan menambahkan lagi program-program surau khusus untuk ahli kariah dan penduduk umumnya.
Tidak kami lupa komitmen semua pengerusi biro yang telah menyusun program biro masing-masing maka jutaan terima kasih diucapkan. Kepada Tn Hj Nurrashid ( pengerusi surau) tahniah diucapkan kerana mengepalai pasukan dengan jayanya. Porgram khatan ( bersunat) adalah program besar yang akan diadakan tidak lama lagi. sekian dulu untuk kali ini.

Sunday, December 12, 2010

PROGRAM IBADAH KORBAN 1431H ( 17 HB NOVEMBER 2010)











Pada 17 hb November 2o10 yang lalu, surau Alikhlas Taman Bukit Belimbing telah menyembelih 4 ekor lembu. Dengan izin Allah SWT segala urusan berkaitan ibadah korban telah berjaya dilaksanakan termasuk mengagihkan daging-daging korban kepada masyarakat setempat. Walaubagaimanapun kepada sebahagian masyarakat islam ditaman ini yang tidak mendapat daging-daging korban tersebut pihak ajk surau memohon maaf insyaAllah ditahun depan pengurusan akan diperbaiki lagi. Sesungguhnya ibadah adalah ikhlas....semoga Allah meredhai kita dalam segala urusan. Tahniah kepada Tuan Hj Nikmat sebagai pengerusi biro kebajikan kerana dalam menguruskan program ini dengan jayanya. Terima kasih kepada seluruh ajk,warga surau dan penduduk islam yang sama-sama menjayakan program ibadah tersebut. Hanya Tuhan saja yang layak membalas keikhlasan kita....InsyaAllah

PROGRAM SUKANEKA PENDUDUK 2010

PADA 18 DISEMBER 2010 AKAN BERLANGSUNG SUKANEKA PENDUDUK TAMAN BUKIT BELIMBING YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK SURAU AL-IKHLAS. PELBAGAI ACARA DIADAKAN KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DAN JUGA PARA IBUBAPA.ACARA AKAN BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI BERTEMPAT DIPADANG BOLA TAMAN BUKIT BELIMBING. SELURUH PENDUDUK ADALAH DIJEMPUT HADIR. BANYAK HADIAH HAMPER DISEDIAKAN.


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones