Thursday, August 27, 2009

ANGIN AHMAR

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Doanya seperti dibawah;








ِبِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .
Posted by ahmadnizamhamid at Thursday, August 27, 2009
0 comments:
Oleh Mohd Yusop Hassim

BULAN Ramadan dalam Islam masyhur dengan gelar 'bulan ketaatan' kerana Allah telah mewajibkan ke atas kaum Muslimin agar mengamalkan ibadat puasa semata-mata memuliakan bulanNya. Ramadan juga adalah bulan Al-Quran diturunkan, sebuah kitab suci yang mengandungi hidayat ke jalan kebaikan, bukan sahaja kepada umat Islam malah untuk dunia sejagat. Justeru, tujuan berpuasa ialah bertakwa bagi menjauhi segala dosa dan maksiat. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ketaatan serta patuh pada apa yang disyarakkan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Bulan ketaatan yang bermula dengan berpuasa mengandungi banyak perkara dalam kehidupan manusia. Ia diiktibarkan oleh kamus keislaman sebagai rahsia antara hamba dan Tuhannya seperti terkandung dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud: 'Setiap amalan anak Adam (daripada kebaikannya) akan memperolehi 10 kali ganda ganjaran melainkan puasa. Ia kepunyaan-Ku dan Akulah yang memberikan ganjaran baginya.'

Ramadan mempunyai keistimewaan tertentu jika dibandingkan dengan ibadat-ibadat lain. Ia adalah bulan untuk mendirikan solat tarawih yang dianggap sebagai satu latihan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Jika keikhlasan dalam mengerjakan solat tarawih ada pada jiwa orang yang berpuasa, maka dengan sendirinya dia akan berasa seperti 'kerinduan' untuk bangun pada malam hari mengerjakan amal ibadat walaupun telah berakhir Ramadan.

Antara keistimewaan lain, Ramadan merupakan bulan 'iktikaf'. Pada umumnya, iktikaf itu adalah sunah daripada amalan Rasulullah saw dan dianggap 'sunah muakadah' pada bulan Ramadan, khususnya pada 10 hari terakhir. Justeru, apabila tiba hari-hari berkenaan, Nabi saw amat prihatin dan sentiasa beriktikaf bersama keluarganya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah ra.

Beriktikaf dalam 10 hari terakhir itu digalakkan kerana pada hari-hari itu ada lailatulqadar yang bertaraf lebih baik daripada beribadat selama seribu bulan. Ia juga adalah amalan yang dimuliakan Allah bersempena 'Nuzul Al-Quran'. Pada malam itu juga, dengan izin Allah, para malaikat bersama Jibrail turun dari Sidratulmuntaha ke bumi untuk bertemu dengan orang yang sedang beriktikaf, bersolat, bertasbih, bertahmid dan bertakbir sambil memohon kebaikan kepada Tuhannya. Ketika itu, malaikat mengaminkan doa-doa mereka. Dengan perkataan lain, malaikat memohon kepada Allah agar diperkenankan (dimakbulkan) doa orang yang beriktikaf itu. Doa yang afdal sekali ialah doa Rasulullah saw yang bermaksud:

'Ya Allah, ya Tuhanku, Engkaulah Pengampun (yang amat suka kepada pengampunan), maka ampunilah daku.'

Seorang Mukmin tidak memohon kepada Tuhannya harta, anak pinak atau apa jua pun kemewahan yang wujud di dunia ini tetapi dia memohon pengampunan daripada Tuhannya.

Ramadan juga adalah bulan perpaduan kemasyarakatan dalam amalan sedekah fitrah kerana ia dapat menyucikan jiwa orang yang berpuasa. Dengan bersedekah juga, seorang Mukmin itu akan dapat merasai betapa beratnya tanggungjawab dalam penghidupan kerana ia dituntut menunaikannya bagi diri dan keluarga termasuklah kededua ibu bapanya sebelum solat Hari Raya bermula. Rahsia di sebalik itu semata-mata untuk menjaga mereka dalam pendidikan dan peradaban, malah memandu tatasusila kekeluargaan ke jalan yang diredai Allah.

Perpaduan kemasyarakatan pada bulan puasa bukan saja tertakluk pada pemberian orang yang berkemampuan kepada orang yang tidak mampu, malah ia juga dituntut sesama mereka yang berkebolehan dalam membantu satu sama lain. Terlebih afdal lagi jika mereka itu menghantarkan juadah berbuka ke masjid-masjid bagi yang berhajat seperti fakir miskin dan yang terlewat pulang daripada tugasnya. Mereka terpaksa singgah di masjid yang berdekatan untuk mengejar masa beribadat dan sekali gus dapat menikmati juadah tersebut.

Apa yang terpenting dalam penilaian itu semua ialah mendidik dan melatih jiwa serta menjadikannya satu amalan yang berterusan. Setiap pengajaran dalam pendidikan jiwa dan kemasyarakatan wujud pada amalan berpuasa.
Posted by buah kerdas at Friday, August 28,

Thursday, August 20, 2009

ahlan wa sahlan ya ramadhan

salam jumaat. salam ramadhan

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sabtu bersamaan 22 ogos adalah 1 Ramadhan 1430H

Khusus untuk penduduk islam bukit Belimbing, pihak urusetia IT surau ingin merakamkan ucapan SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. Semoga puasa tahun ini akan diterima oleh Allah SWT. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana Allah Taala masih memanjangkan umur kita untuk melalui lagi bulan ramadhan yang mulia ini. Ramai lagi saudara seagama kita yang dah pergi dan tak berkesempatan menunaikan ibadah puasa ini. Namun apapun Allah Taala menyayangi mereka lebih dari kita.

Satu saranan untuk dikongsi bersama jemaah sekalian. Anggaplah ramadhan 1430H ini adalah ramadhan terakhir kita. Justeru itu carilah sebanyak-banyak pahala dalam bulan ini. Amal Maaruf Nahi Mungkar

Sekian. Selamat Bersahur
Click to play this Smilebox slideshow: ceramah awal ramadhan
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Make a Smilebox slideshow

Tuesday, August 18, 2009

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BADMINTON SURAU


TEMPAT KEEMPAT - BERGU ZAMAN DAN SAFUAN


TEMPAT KETIGA - BERGU JULIAN DAN ZAKARIA

NAIB JOHAN - BERGU RAZALI DAN AZIS


JOHAN- BERGU YEOP KAMAL DAN NAWI

TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA....TAHUN DEPAN CUBA LAGI

PROGRAM SEHARI HARI PEMERIKSAAN KESIHATAN 2009


AHLI KARIAH SEDANG MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN


APA AGAKNYA YANG DINASIHATKAN OLEH DOKTOR MUDA INI?




UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGERUSI SURAU



KAUM MUSLIMAT BUKIT BELIMBING





PIHAK UPM YANG SAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM



Wednesday, August 12, 2009

Alhabib Islamic Greeting Card

Alhabib Islamic Greeting Card

KEJOHANAN BADMINTON BERGU TERTUTUP SURAU AL-IKHLAS

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka kejohanan yang ulung-ulung kali diadakan telahpun tamat dengan jayanya. Penganjur kejohanan merakamkan ucapan tahniah kepada bergu yang telah berjaya menjadi johan kali pertama ini sekaligus menerima Piala Pusingan yang disumbangkan oleh Tuan Haji Pengerusi Surau. Kepada penyumbang-penyumbang hadiah tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih. Segala sumbangan tuan-tuan semoga mendapat balasan kebaikan dari Allah SWT. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 16 Ogos 2009 ini bersempena dengan majlis Hari Pemeriksaan Kesihatan yang bakal diadakan di perkarangan surau

Berikut adalah nama bergu yang telah mencapai kejayaan.

JUARA YEOP KAMAL / NAWI
NAIB JUARA RAZALI DAN AZIS
KE-3 ZAKARIA DAN JULIAN
KE-4 ZAMAN DAN WAN

PENGUMUMAN MAAF

ASSALAMUALAIKUM...

Pihak urusetia blog memohon maaf kerana telah lama tidak kemaskini blog surau ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. insyaAllah pihak urusetia akan lebih peka dengan hal ini pada masa-masa akan datang untuk tidak mengecewakan ahli kariah semua...

PROGRAM HARI KESIHATAN PERCUMA

ASSALAMUALAIKUM

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK JAWATANKUASA SURAU AL-IKHLAS BUKIT BELIMBING AKAN MENGADAKAN PROGRAM SEHARI PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DENGAN KERJASAMA PIHAK FAKULTI PERUBATAN UPM SEPERTIMANA BERIKUT;

TEMPAT : SURAU AL-IKHLAS
TARIKH : 16 OGOS 2009
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI
CERAMAH SEMPENA AWAL RAMADHAN SELEPAS MAGHARIB

PELBAGAI AKTIVITI AKAN DIADAKAN PADA HARI TERSEBUT. SELURUH AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR.


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones