Thursday, June 16, 2011

KEJOHANAN BOWLING PIALA PENGERUSI2 SURAU PERINGKAT HULU LANGAT 2011












Tahniah kepada pasukan surau kita kerana berjaya menduduki tempat kedua acara tersebut. Atas kegigihan seluruh pasukan, penyertaan kali pertama dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Bukan senang nak menang....dan tak susahpun nak dapat tempat kedua dari seramai 28 pasukan yang bertanding...kerana pemain-pemain bowling kita memang pro..kalahpun dengan beza yang sedikit aje....Berikut adalah pemain-pemain pro dari surau alikhlas bukit belimbing. Sdr Hamidon Majid, Sdr Halim Yatim dan Sdr Mohd Latif Haris.

tahniah sekali lagi.
















PROGRAM CERAMAH SEMPENA ISRAK & MIKRAJ 1432H

ADALAH DENGAN INI MAKLUMKAN BAHAWA SATU PROGRAM CERAMAH AGAMA AKAN DIADAKAN DISURAU ALIKHLAS TAMAN BUKIT BELIMBING SEMPENA HARI KEBESARAN ISLAM ISRAK DAN MIKRAJ 1432 H.

TARIKH : 30 JUN 2011 (KHAMIS MALAM JUMAAT)
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
PENCERAMAH : TUAN HAJI MUHAMMAD FITRI

SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR BAGI MENGIMARAHKAN LAGI PROGRAM TERSEBUT.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011

NOTIS PEMBERITAHUAN

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA SURAU ALIKHLAS BUKIT BELIMBING AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011 ( SESSI 2010-2013) SEPERTIMANA BERIKUT:

TARIKH : 26 JUN 2011
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT: PERKARANGAN SURAU

SEMUA AHLI KARIAH ADALAH DIJEMPUT HADIR.

Wednesday, December 29, 2010

SELAMAT TINGGAL 1432H DAN 2010 MESEHI

SELAMAT DATANG 1433 HIJRAH DAN 2011 MASEHI....

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi yang masih memberikan ruang untuk kita menikmati keindahan dunia yang sementara ini. Alhamdulillah juga dipanjatkan kehadrat Illahi kerana sepanjang kami ( barisan kepimpinan surau sesi 2010/2013 ini ) menerajui dan diamanahkan untuk memakmurkan surau samada dengan aktiviti rohani dan jasmani, sambutan dikalangan ahli kariah amat membanggkan. Setiap biro yang bernaung dibawah saf kepimpinan telah melaksanakan amanah yang dipikul dengan perasaan tulus ikhlas demi sedikit bakti kepada agama dan bangsa. Atas semangat kerjasama dan bersatu hati maka semua program telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara program jasmani yang telah kita adakan seperti gotong royong perdana menyelenggara surau, saringan hari kesihatan, program ibadah korban, jamuan hari raya serta sukaneka perpaduan adalah program yang amat membanggakan. Penyertaan ahli kariah sungguh menggalakkan. Tidak kita lupa program agama melalui kuliah-kuliah minguan oleh ustaz-ustaz yang dijemput untuk memberikan ilmu agama kepada kita, juga siri-siri ceramah agama pada hari-hari kebesaran Islam mendapat sambutan ahli kariah.InsyaAllah pada tahun 1443 hijrah dan 2011 masehi ini kami saf kepimpinan akan menambahkan lagi program-program surau khusus untuk ahli kariah dan penduduk umumnya.
Tidak kami lupa komitmen semua pengerusi biro yang telah menyusun program biro masing-masing maka jutaan terima kasih diucapkan. Kepada Tn Hj Nurrashid ( pengerusi surau) tahniah diucapkan kerana mengepalai pasukan dengan jayanya. Porgram khatan ( bersunat) adalah program besar yang akan diadakan tidak lama lagi. sekian dulu untuk kali ini.


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones